Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

211  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0513.
Dari Al Barra' bin 'Azib r.a.: "Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami di hari raya korban (idul adha) sesudah solat hari raya." Sabda beliau: "Siapa yang solat seperti solat kita ini, dan berkorban seperti kita berkorban, nescaya betullah korbannya itu. Dan siapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka tidak sah korbannya itu. Abu Burdah bin Niaz, pakcik Al Barra' berkata: "Ya, Rasulullah! Ku sembelih kambing ku sebelum solat, dan aku tahu hari ini adalah hari raya makan minum. Dan aku lebih suka kambing ku menjadi haiwan sembelihan pertama di rumah ku. Sebab itu ku sembelih kambing ku, dan aku makan terlebih dahulu sebelum pergi solat." Jawab Nabi, "Kambingmu itu kambing daging (untuk dimakan)." Kata Abu Burdah, "Ya, Rasulullah! Kami masih mempunyai kambing-kambing kecil, dan ada seekor kambing muda yang lebih berharga bagi ku daripada dua ekor kambing besar. Cukupkah itu untuk korban ku?" Jawab Nabi, "Ya, cukup! Tetapi tidak cukup lagi bagi orang lain sesudahmu."

212  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0310.
Kata Abu Umamah r.a.: "Kami solat Zohor bersama Umar bin Abdul Aziz, setelah itu kami pergi menemui Anas bin Malik dan kami dapati dia sedang solat Asar. Kataku kepadanya, "Hai, Pak Cik! solat apakah yang Pak Cik kerjakan ini?" Jawabnya, "solat Asar! Dan inilah (waktunya) solat Asar Rasulullah saw., di mana kami pernah solat bersama-sama dengan beliau."

213  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0340.
Kata Anas r.a.: "Pada suatu malam kami menanti-nanti Nabi saw. untuk solat Isyak. Tengah malam barulah beliau datang lalu beliau solat bersama-sama dengan kami. Selesai solat, beliau bersabda, katanya: "Ketahuilah! Orang banyak telah solat dan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua sentiasa seperti solat selama kamu dalam menanti-nanti waktu untuk solat."

214  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0450.
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Bakar bin Ayyasy memberitahukan kepada kami, Abu Ishaq memberitahukan kepada kami dari Ashim bin Dhamrah dari Ali berkata: "Solat witir itu tidak wajib, seperti wajibnya solat fardhumu, tetapi Rasulullah saw menganjurkan, beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah adalah ganjil, senang bilang ganjil, maka solat witirlah kamu semua hai ahli Quran (hai orang-orang yang beriman.". Di dalam satu bab ini diriwayatkan dari Ibnu Umar, Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas. Abu Isa berkata: "Hadis Ali, hadis hasan. Sufyan As Tsauri dan yang lainnya telah meriwayatkan hadis dari Abu Ishaq dari Ashim bin Dzamrah dari Ali berkata: "Solat witir tidak wajib, seperti wajibnya solat fardhu, tetapi solat witir adalah sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw."

215  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0652.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di Mina dua rakaat. Begitu pula Abu Bakar sepeninggal beliau, 'Umar sepeninggal Abu Bakar, dan 'Usman pada permulaan pemerintahannya. Kemudian 'Usman solat empat rakaat. Pada waktu pemerintah 'Usman itu, apabila Ibnu 'Umar solat mengikuti Imam, dia solat empat rakaat, dan apabila dia solat sendirian, dia solat dua rakaat.

216  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0220.
Hannad menceritakan kepada kami, Abdah menceritakan kepada kami dari Sa'id bin Abi 'Arubah dari Sulaiman An Naji Al Bashri dari Abul Mutawakkil dari Abu Sa'id berkata: "Seorang lelaki datang sedangkan Rasulullah telah solat maka beliau bersabda: "Siapakah yang mahu berdagang (mencari keuntungan) atas orang ini?" Lalu seseorang berdiri dan solat bersamanya." Ia berkata:" Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Umamah, Abu Musa dan Al Hakam bin Ibnu Umair." Abu Isa berkata: "Hadis Abu Sa'id adalah hadis hasan". Itu adalah pendapat tidak hanya seorang dari ahli ilmu dari para sahabat Nabi saw dan selain mereka dari para tabi'in. Mereka berkata: "Tidak mengapa kaum itu solat dengan jamaah di masjid yang padanya telah dilaksanakan solat jama'ah adanya." Dengannya Ahmad dan Ishaq berpendapat. Orang-orang lain dari ahli ilmu berkata: "Mereka solat sendiri-sendiri." Dengannya Sufyan, Ibnul Mubarak, Malik dan Asy Syafi'i berpendapat. Mereka memilih untuk solat sendiri-sendiri. Sulaiman An Naji adalah orang Bashrah, dan ia disebut Sulaiman bin Al Aswad. Sedangkan Abul Mutawakkil namanya adalah Ali bin Dawud.

217  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0568.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Solat Subuh waktunya hingga matahari mulai terbit. Solat Zohor waktunya hingga datang waktu Asar. Solat Asar waktunya hingga cahaya matahari telah menguning. Solat Maghrib waktunya hingga hilang mega merah. Solat Isyak waktunya hingga seperdua malam."

218  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0217.
Dari Muhammad bin Al Munkadir, katanya: "Saya datang ke rumah Jabir bin Abdullah dan ku dapati dia sedang solat dengan memakai sehelai kain yang diperselimutnya; sedangkan jubah terletak begitu saja tidak dipakainya. Setelah dia selesai solat kami bertanya kepadanya, "Hai Abu Abdullah! Kami lihat engkau solat, sedang jubahmu tidak kamu pakai." Jawab Jabir, "Ya, betul! Saya suka memperlihatkan solat seperti itu kepada orang-orang bodoh seperti kamu ini. Saya melihat Rasulullah saw. solat seperti itu."

219  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0526.
Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. solat melebihi atau kurang dari jumlah rakaat yang semestinya. Setelah beliau memberi salam, ditanyakan orang kepadanya: "Ya, Rasulullah! Apakah ada perubahan dalam solat?" Tanya Nabi saw., "Mengapa begitu tanya anda?" Jawab mereka, "Anda solat begini, begini, begini." Lalu beliau menyimpuhkan kedua kakinya menghadap ke kiblat, kemudian sujud dua kali dan sesudah itu memberi salam. Kemudian beliau menghadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda: "Jikalau ada suatu perubahan tentang cara solat, tentu ku beritahukan kepada anda semua. Aku adalah manusia pelupa seperti anda juga. Kerana itu, apabila aku lupa ingatkan lah aku. Dan apabila kamu ragu dalam solat tentang jumlah rakaatnya, ambillah yang pasti (iaitu jumlah yang sedikit), lalu cukupkanlah, kemudian sujudlah dua kali."

220  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1069.
Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu malam di bulan Ramadhan, Rasulullah saw. solat. Aku datang dan berdiri di samping beliau. Kemudian datang pula sahabat yang lain, lalu dia berdiri pula, sehingga akhirnya kami menjadi satu rombongan. Tatkala Nabi saw. merasa bahawa kami solat di belakang beliau, maka beliau pendekkan solatnya, kemudian beliau masuk ke rumahnya, dan di sana beliau solat sendirian." Kata Anas, "Pagi-pagi kami bertanya kepada beliau: Apakah anda tahu perbuatan kami semalam?" Jawab beliau, "Ya, aku tahu. Itulah yang menyebabkan aku masuk ke rumah dan di sana aku solat sendirian." Kata Anas selanjutnya, "Beberapa hari di akhir bulan (Ramadhan) Rasulullah melakukan puasa wishal. Kerana itu beberapa orang sahabat melakukannya pula. Maka bersabda Rasulullah saw.: Mengapalah orang-orang ini ikut-ikutan berpuasa wishal. Kamu semua tidak seperti aku. Ketahuilah! Demi Allah! Kalaulah bulan ini bertambah panjang, aku akan terus puasa wishal sehingga orang-orang yang memberati dirinya dalam melakukan suatu amal ibadah tidak terkerjakan sendiri."